| Tarikh | : 01 & 15 Disember 2025 |
| Masa | : 3:00 petang – 4:30 petang |
| Lokasi | : NADI Kampung Senaling |
Tujuan:
Program NADI x Cybersecurity bertujuan memberi pendedahan awal kepada komunitu mengenai kepentingan keselamatan digital serta potensi kerjaya dalam bidang keselamatan siber yang kian berkembang. Ia juga memperkukuh kesedaran tentang ancaman siber moden, termasuk risiko yang timbul seiring kemajuan teknologi dan kecerdasan buatan (AI).
Aktiviti:
Peserta diperkenalkan kepada teknik ancaman sebenar seperti pengklonan kad dan penggunaan peranti pengesan, disertai demonstrasi langsung untuk memahami bagaimana serangan siber berlaku. Webinar ini turut membuka ruang dialog mengenai langkah-langkah pencegahan dan amalan terbaik dalam dunia digital, sekali gus mempersiapkan peserta menghadapi cabaran keselamatan siber masa kini dan masa depan.