mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Roshamziela Binti Zakaria

USAHAWAN MAKANAN

Nama

: Roshamziela Bt Zakaria

Umur

: 27 tahun

Ahli

: 2014

Latar belakang

Cik Roshamziela Binti Zakaria, merupakan seorang pekerja sektor swasta dan amat gemar berniaga. Beliau berniaga menjual kuih kapit yang dibuat oleh ibunya di atas talian

Sebelum penggunaan ict/ penglibatan Pusat Internet (PI)

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet (PI), Cik Roshamziela Binti Zakaria hanya menjual secara kecil-kecilan kepada jiran tetangga dan hanya menghantar stok kuih kapitnya di kedai sahaja.

Kemudian, apabila didedahkan dengan kelebihan E-Dagang iaitu komuniti tempatan boleh membeli belah dan melakukan urusan harian dengan mudah dan cepat tanpa sempadan, kini beliau mempromosikan kuih kapit secara atas talian. Pendapatan beliau juga turut bertambah. Sebelum menggunakan internet pendapatannya RM300 hingga RM400 sebulan

Selepas penggunaan ict/ penglibatan Pusat Internet (PI)

Selepas menjadi ahli Pusat Internet (PI), beliau mula menyedari bahawa Pusat Internet (PI) merupakan satu pusat pembelajaran komputer, latihan ICT yang diberikan adalah percuma kepada ahli-ahli Pusat Internet (PI). Selain itu, beliau juga dapat meningkatkan lagi tahap kemahiran ICT serta turut dapat mengikuti latihan asas keusahawanan untuk memudahkan beliau mempromosikan kuih kapit di atas talian dari semasa ke semasa.

Beliau kini telah menjadikan facebook sebagai satu platform penting untuk mempromosikan kuih kapit dan menerima banyak tempahan. Pendapatannya meningkat sehingga RM800 sebulan.