Tarikh | : 06 November 2024 (Rabu) |
Masa | : 2:30 – 04:30 petang |
Lokasi | : SK Tunku Munawir |
Tujuan:
Program Safe and Shield dan taklimat Nadi Smart Service telah dilaksanakan di SK Tunku Munawir. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada murid tentang penggunaan internet dan media sosial secara selamat. Pendedahan kanak-kanak kepada dunia internet tanpa sempadan amat membahayakan kerana mereka berisiko terdedah kepada ancaman scammer, pedofilia dan buli siber. Oleh itu dengan adanya pendedahan penggunaan internet yang selamat kepada mereka diharapkan dapat membuka mata mereka untuk menggunakan internet secara berfaedah dan lebih selamat.
Aktiviti:
Taklimat pertama dimulakan dengan taklimat Nadi Smart Service untuk memperkenalakn NADI dan fungsi NADI kepada pelajar dan guru. Seterusnya, taklimat kedua iaitu Taklimat Safe & Shield menerangkan tentang CODE S.A.F.E kepada murid-murid. Setelah selesai kedua-dua taklimat, petugas mengadakan kuiz bagi menilai keberkesanan taklimat yang telah diberikan kepada murid-murid. Murid-murid begitu bersemangat untuk menjawab setiap soalan kuiz yang diajukan.