| Tarikh | : 12 Februari 2026 (Khamis) |
| Masa | : 3:00 petang – 4:30 petang |
| Lokasi | : NADI Kampung Senaling |
Tujuan:
Program NADI x Cybersecurity bertujuan memberi pendedahan tentang cara mengenal pasti fail yang mengandungi virus dan ancaman siber lain, serta meningkatkan kesedaran tentang keselamatan digital.
Aktiviti:
Peserta diperkenalkan dengan ciri-ciri fail yang berisiko, teknik pengesanan virus, dan demonstrasi langsung bagaimana fail berniat jahat boleh menjejaskan peranti. Webinar ini juga membincangkan langkah-langkah pencegahan dan amalan terbaik untuk melindungi data dan sistem daripada ancaman siber.