| Tarikh | : 8, 15, 22 & 28 November 2025 (Sabtu) |
| Masa | : 9:00 pagi – 1:00 tengahari |
| Lokasi | : NADI Kampung Senaling |
Tujuan :
Program ini bertujuan memperkasa peserta dengan kemahiran membina imej diri dan strategi media sosial secara efektif. Melalui pendekatan kreatif dan interaktif, peserta didedahkan cara menyampaikan mesej, membina naratif digital, serta menguruskan reputasi diri dalam dunia maya dan komuniti eSports.
Aktiviti :
Webinar interaktif ini menampilkan sesi praktikal untuk membina naratif visual dan personal branding, menggabungkan logik dan emosi bagi menghasilkan cerita yang menarik. Peserta juga belajar teknik penulisan kreatif dan cara membentangkan idea secara meyakinkan, sesuai untuk pengurusan media sosial dan imej profesional dalam eSports.