mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X KIDVENTURE : WEBINAR

– BIJAK KEWANGAN
– OPERASI PERNIAGAAN

– PEMASARAN 1 & 2

Tarikh: 04, 11, 18 & 25 April 2026 (Sabtu)
Masa: 10:00 pagi – 11:30 tengahari
Lokasi: NADI Kampung Senaling

Tujuan :
Program NADI x Kidventure NADI Pekan Tampin April 2026 bertujuan untuk membimbing kanak-kanak berusia 7 hingga 17 tahun dalam memahami asas Keusahawanan sejak usia muda. Ia memberi penekanan kepada pembinaan kemahiran Pengurusan Kewangan, Operasi Perniagaan, serta strategi Pemasaran yang kreatif dan berkesan. Matlamatnya adalah melahirkan generasi usahawan cilik yang berdaya saing, berfikiran kritis, dan mampu mengaplikasikan ilmu keusahawanan dalam kehidupan seharian serta masa depan mereka.

Aktiviti :
Program ini dijalankan secara mingguan dengan sesi interaktif yang merangkumi pembelajaran tentang Bijak Kewangan,asas Operasi Perniagaan, serta teknik Pemasaran dalam dua peringkat. Setiap sesi disampaikan dalam bentuk penerangan, perbincangan, dan latihan praktikal yang sesuai dengan tahap umur peserta. Selain itu, rakaman Webinar turut disediakan sebagai bahan rujukan tambahan untuk mengukuhkan pemahaman peserta. Aktiviti ini dirangka bagi memastikan peserta bukan sahaja memahami teori tetapi juga dapat mengaplikasikan kemahiran keusahawanan secara berperingkat dan menyeronokkan.