| Tarikh | : 06 November 2025 (Khamis) |
| Masa | : 3:00 petang – 4:30 petang |
| Lokasi | : NADI Kampung Senaling |
Tujuan:
Webinar ini memberi pendedahan awal kepada peserta tentang kepentingan dan potensi bidang siber sekuriti dalam era digital masa kini. Penceramah menekankan bagaimana universiti masa depan memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga pakar keselamatan siber yang beretika, berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi cabaran dunia maya yang semakin kompleks.
Aktiviti:
Sesi ini berlangsung secara maya di platform LMS Cybersecurity dan terbuka kepada ahli NADI yang berdaftar, menyediakan ruang untuk pembelajaran interaktif serta dialog mengenai cara menangani ancaman siber dengan lebih berkesan.