PROGRAM KHAS – WEBINAR BERKALA MATEMATIK EDISI 3

Jadual Latihan & Aktiviti | 2 October 2025

Tarikh: 13 September 2025
Masa: 2.30 petang – 4.30 petang
Lokasi: NADI Kampung Senaling

Tujuan :

Memperkukuh pemahaman pelajar Tingkatan 1 hingga 5 dalam subjek Matematik melalui sesi bimbingan secara dalam talian. Program ini menyediakan peluang pembelajaran tambahan di luar bilik darjah, dengan pendekatan yang lebih santai dan fokus kepada topik-topik penting dalam silibus, sekali gus membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik serta keyakinan dalam menyelesaikan soalan Matematik.

Aktiviti:

Webinar ini dijalankan secara berkala dan interaktif, dengan pengajaran meliputi topik-topik terpilih daripada kurikulum Matematik Tingkatan 1 hingga 5. Edisi ke-3 menekankan strategi penyelesaian masalah, latihan soalan sebenar, serta teknik menjawab secara berkesan. Sesi dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman melalui platform atas talian, lengkap dengan pembelajaran, kuiz , dan ruang soal jawab bagi memastikan pelajar memahami apa yang telah diterangkan oleh penceramah.

Gambar di sini.