| Tarikh | : 7 September 2025 |
| Masa | : 10.00 Pagi hingga 4.00 Petang |
| Tempat | : NADI Kampung Senaling |
Tujuan:
Program ini diadakan adalah untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat, menghargai jasa dan pengorbanan pejuang kemerdekaan, serta memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum. Sambutan ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran sejarah, mengukuhkan identiti nasional, serta menanam rasa bangga terhadap pencapaian dan kemajuan negara sebagai sebuah bangsa yang merdeka dan berdaulat.
Aktiviti:
Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk Pertandingan Mewarna, Pertandingan Memasak Merdeka Mahir Masak sempena Kemerdekaan dan Aktiviti Kempen Internet Selamat.