Pusat Internet 1Malaysia Kampung Senaling berada di dalam daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan merupakan salah satu projek Pusat Internet 1Malaysia di bawah Fasa Clawback. Pusat Internet 1Malaysia Kampung Senaling telah mula beroperasi pada Oktober 2013. Secara ringkasnya, Pusat Internet 1Malaysia Kampung Senaling ini diuruskan oleh seorang Pengurus dan seorang Penolong Pengurus. Di dalam Pusat Internet 1Malaysia juga terdapat 20 unit komputer serta bilik latihan untuk pengguna.
Tapak kawasan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Senaling berada pada lokasi yang amat strategic, iaitu berhampiran dengan Balairaya Kg Senaling, Bengkel Jahitan KEMAS, Klinik Kesihatan Senaling serta berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Senaling . Ia juga merupakan kawasan tumpuan komuniti di dalam Kampung Senaling. Sehingga kini, pelbagai,kemudahan yang telah diberikan kerajaan ini telah diguna dan diterima pakai dengan baik oleh banyak pihak lebih-lebih lagi penduduk Kampung Senaling.
Terdapat banyak pencapaian positif yang telah digarap daripada golongan remaja dan kanak-kanak dalam kemahiran asas penggunaan komputer. Ianya merupakan berita baik yang dapat menaikkan lagi semangat kerjasama dalam usaha memajukan penggunaan jalur lebar sesama individu dan masyarakat setempat secara amnya.